Masa nak start enjin kereta, ada satu time dia macam bunyi semput-semput je. Pusing kali kedua, oh dah boleh start. No hal. Dah jalan sana-sini, lagi sekali dia semput-semput jugak nak start. Boleh start lagi, asal boleh aje. Tapi sebenarnya itu dah macam petanda air bateri dah kering atau bateri dah nak kong la tu. Bila sampai satu masa tak leh nak start langsung, baru nak perasan ada keluar gamba bateri dekat dashboard. Baru la terkedek-kedek nak check bateri. Rupanya air dah kering & bateri memang kena tukar baru.
Sebelum ni ada jugak 2-3 kali pakai bateri kering, sebab malas nak check-check ni. Cuma mahal sikit lah. Lepas ada satu insiden kereta tak boleh start dekat kampung masa raya dan ada bateri biasa aje, terus je la pakai. Tak dan la nak check, banyak lagi benda lain nak buat. hehe.
Kalau tiba-tiba tayar pancit, flat pulak tu, apa nak buat? Parking kereta dah dekat seberang jalan dengan kedai tayar, tapi kena pusing jauh kalau drive. Spare tyre pulak stok dari beli kereta 8 tahun lepas tak pernah jengah (tak pernah ingat dia wujud pun? haha), ingatkan dah flat terus. Rupanya last service kereta hubby ada isi angin spare tyre & nampak masih boleh guna lagi. Pergi kedai tayar tu kena gelak dengan pekerja situ & acuh tak acuh je dia layan. Malas la tu nak tolong tukar tayar. Dia nak charge RM30 kalau dia datang & isi angin sekali. Pppfftt.. Takpelah tak nak layan kan. Mamat india jaga parking tu jugak offer nak tukarkan tayar kereta.
Nasib la ada tools untuk tukar tayar kat bonet belakang. Selama ni tak ambil kisah pun. huhu. Separuh kerja mamat india tu buat, separuh lagi hubby sambung lepas dia baru sampai. Untungla tempat kerja hubby tak sampai 5 minit jaraknya. hehe. Dah setel tukar spare tyre, redah traffic jam pulak. Tak pergi pun kedai tayar depan car park tu, balik terus ke kedai tayar area rumah. Akhirnya tukar jugak 2 biji tayar depan tu, dah lama kut. Last time tukar tayar belakang je dulu.
Itu cerita flat tyre. Ini pulak kisah penyakit kereta bila pasang aircond rasa tak sejuk pun aircond tu. Walhal AC dah on, temperature dah lower. Masa ni tengok engine temperature. Kalo normal selalu separuh, ini dia dah naik sampai hampir maksimum! Ok, rileks ya. Kita switch off aircond. Bukak tingkap sikit. Jarum patut turun sikit. Ni tengah terperangkap dalam traffic jam ni. Ditambah pulak aras minyak dah blinking. Great combo, not! Niat di hati sambil jem tak bergerak, nak matikan enjin tapi nanti dah jalan dibuatnya enjin tak nak hidup pulak, tak ke lagi naya. Jarum turun sikit je, lepas tu naik balik sampai habis maksimum! Ok, ini patut panik. Badan dah menggeletar, kat mana aku nak berhentikan kereta ni. Sampai Ampang Point, pergi masuk petak side parking yang kosong. Hati rasa legaaa sikit.
Nak tau kenapa temperature naik? Sebabnya air coolant kat radiator dah kering! Even the spare tank! Mak aihh. Ini memang betul bangsa reti bawak kereta aje tanpa ambil tahu hal-hal maintenance. Ala, kan dah bawak servis, patutnya diorang dah check dan fill up lah mana yang perlu. Seperti biasa husband jugak la yang bergegas balik dari office dan carikan coolant. Hari dah gelap, kedai banyak dah tutup. Nasib baik dapat jugak jumpa.
Ini mesti sebab sekarang hari-hari parking dekat open carpark yang terdedah dengan cuaca sangat panas yang membuatkan cecair yang ada terpeluwap (teori aku lah), berbanding sebelum ni parking basement je. Pasal isi minyak pulak, perjalanan balik kerja sekarang tak lalu stesen minyak favourite. Jaranglah dapat nak isi minyak siap-siap. Jadi, pengajarannya kat sini ialah:
1) Jangan lupa check air kat radiator.
2) Jangan lupa check air bateri juga.
3) Check keadaan tayar dari semasa ke semasa. Check angin, kalau kurang pergi isi. Kalau rasa baru lepas isi angin tayar tapi esok lusanya masih flat, boleh la pergi kedai tayar check mungkin bocor sebab tercucuk paku ke. Tampal selalunya RM5.
4) Keep track bila last tukar bateri, isi air coolant, tukar tayar supaya kita aware dan untuk mengelakkan kejadian di luar jangkaan.
5) Singgah stesen minyak isi petrol masa di takuk 2, dan isi full tank. Kalau dah blinking nak isi full lagi banyak nak bayar la sebenarnya. Kalau isi full tank, lambat sikit nak habis. Kalau isi sikit-sikit, cepat benar minyak habis.
P/S: Baru jumpa satu site tentang penjagaan kereta yang worth juga baca.
No comments:
Post a Comment