Friday, August 30, 2013

Catatan perjalanan ketika dalam traffic jam.

Kesesakan lalu lintas kat KL ni memang lumrah terutama time waktu puncak orang pergi dan balik kerja. Time sesak ni selalunya time sesi persekolahan ada. Kalau sekolah cuti kurangla sikit jamnya. 

Bosan dan letih tau bila terperangkap dalam jam ni. Yang bawak kereta manual azablah. Nak-nak kalo drive seorang. Lepas tu mengantuk la pulak. Memang combo yang paling tak best bila ada dalam jam. Sambil kereta tersengguk bergerak sambil tu kepala tersengguk mengantuk. Bahaya tau. Nak hilang mengantuk, nyanyi kuat-kuat. Tak berkesan, buat panggilan dengan en suami atau rakan-rakan ajak borak. Tapi make sure pakai handsfree la ye

Bila dah habis cakap kat telefon (takleh la lama sangat, bilnya pun melambung pulak), ikut nasib la sama ada terus segar atau continue mengantuk. Itu memang tahap letih sangat tu. Tapi betul la, kalau drive kereta slow, senang mengantuk. Kalau drive kereta laju sikit (sikit je la, tak leh la laju sangat) tak de la ngantuknya.

Apa nak buat bila stuck dalam jam? Selain pasang radio (yang kadang-kadang lagu yang dimainkan bosan juga), saya layan youtube tengok cerita kelakar yang pendek. Cerita yang tak memerlukan perhatian visual banyak tapi dari segi audio kita dah dapat tangkap. Faham ke tak apa yang cuba disampaikan ni. Heh. Kalau layan movie dan cerita panjang tak boleh nak concentrate. Selalunya layan cerita Betul ke Bohong memang lawak bangang terkekek-kekek gelak. Seterusnya hilanglah bosan dan ngantuk di kala jam itu.

Kalau jam tahap tak bergerak, kita tangkap gambar sekeliling. Macam hasil kat bawah ni lah. Muehehe.

Nampak tak kat depan tu ada rumah yang dah terbakar? Masa bulan puasa hari tu ada lagi. Lepas balik cuti raya dah terbakar rupanya. Kesiannya pada owner rumah tu ya. Memang perasan rumah tu sebelum ni sebab rumah dia unik warna purple, lepas tu dekat dinding atas ada satu pintu yang mana kalau bukak takde lantai nak pijak. 

Spot yang sama, tapi ini atas bumbung kereta. Kita horizontalkan hp dapat gambar ni.

Kereta dah bergerak sikitdapat view ni. Kebetulan train LRT tengah lalu. Dekat Datuk Keramat ni banyak rumah lot jadi rumah sewa bertingkat-tingkat.

Sejak bila ada pondok kat tepi ni pun tak perasan. Maklumlah dah lama tak lalu jalan ni. Rasa kesian kat pakcik ni tak de tempat tinggal. Tak sure warga tempatan atau warga asing. Sorang-sorang je kat situ. Tak de pulak orang lain kacau?

Depan tu Pasar Keramat. Memang keramat tempat ni. Keramat sebab jam. 

Ini dewan serbaguna datuk keramat, dah melepasi sekolah agama lepas pasar keramat tadi. Gambar Jalur Gemilang ni sempena Hari Merdeka esok.

Bila teringat ada apps actionsnap tapi dah buang, sempat download balik sebab nak snap gambar train yang tengah bergerak. View ni tak cukup cun sebab ada pokok yang mengcoverkan train tu

No comments:

Post a Comment