Alhamdulillah. Dah masuk 3 tahun usia perkahwinan kami. Rasa macam baru je kahwin (ye ke?). Terima kasih Allah, atas kurniaan rezeki. Dikurniakan seorang suami yang memahami & seorang baby boy yang sekarang sudah berusia 16 bulan.
A surprised bouquet of roses delivered to my office. Berbunga-bunga je hati bila terima. :)
Hari anniversary kelmarin, Hubby ajak dating a.k.a keluar makan lepas habis waktu kerja. Lepas makan, ingatkan nak sambung main bowling (nak lepas gian dah lama tak main) tapi ramai la pulak waiting listnya sebab ada league yang guna hampir 3/4 lane. Cancel. Apa lagi aktiviti yang boleh buat ni? Terfikir nak karok tapi memikirkan laki bini tengah batuk & selsema, batal jugak hasrat. Mungkin next time pulak aktiviti dating kita ya.
Our favourite spot kalau makan di sini. U Cafe Wangsa Walk.
Tersentuh juga hati bila Hubby bagi pantun dalam FB;
Buat suriku Wannaza Amethyst,
Buah jambu disangka kandis,
Kandis ada di dalam loyang,
Gula madu disangka manis,
Manis lagi senyuman sayang.
Dari mana merbuk melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
Inderagiri pasirnya lumat,
lokan bercampur dengan kerang,
Bagai nabi kasihkan umat,
Begitu saya kasihkan sayang.
Layang-layang di atas bukit,
Kayu tengar dari seberang,
Cinta sayang bukan sedikit,
Racun penawar sayang seorang.
..dan ini nukilan saya sendiri;
Hinggap merpati meniti atap,
Terbang rendah si rama-rama,
Kasih saya bukan sekejap,
Dunia akhirat kita bersama.
Selamat ulang tahun ke-3 kita melayar bahtera hidup bersama, I will always love you, so much!
— feeling blessed.Buah jambu disangka kandis,
Kandis ada di dalam loyang,
Gula madu disangka manis,
Manis lagi senyuman sayang.
Dari mana merbuk melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
Inderagiri pasirnya lumat,
lokan bercampur dengan kerang,
Bagai nabi kasihkan umat,
Begitu saya kasihkan sayang.
Layang-layang di atas bukit,
Kayu tengar dari seberang,
Cinta sayang bukan sedikit,
Racun penawar sayang seorang.
..dan ini nukilan saya sendiri;
Hinggap merpati meniti atap,
Terbang rendah si rama-rama,
Kasih saya bukan sekejap,
Dunia akhirat kita bersama.
Selamat ulang tahun ke-3 kita melayar bahtera hidup bersama, I will always love you, so much!
P/S: Saya tak pandai nak balas pantun yang setanding, tapi ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk segalanya. Love you so muNch

No comments:
Post a Comment