Macam-macam perkara berlaku dalam tahun 2013. Tahun yang tak kurang juga mencabar. Tahun ni juga berlaku 2 kehilangan dalam keluarga aku. Pada bulan September, my Mak Ngah pergi menghadap Illahi. Kemudian pada 13 Disember, Mak Long aku pula telah pulang ke Rahmatullah kerana penyakit yang lebih kurang sama. Sekejap je sakitnya, tau-tau dah detect kanser peringkat teruk juga. Makin kurang ahli keluarga kitorang. Namun, hidup perlu diteruskan.
Malam tahun baru, tidur kat rumah my Mom aje sebab hubby lalok pekena ubat selsema. Wifey and other family members layan fireworks kat belakang rumah. Meriah bunyi berdentam-dentum. Hehe.
Masuk tahun baru bermakna akan bertambah setahun lagi usia. Semoga tahun yang baru ini bagi semangat untuk memajukan diri sendiri & menambah bekalan, di samping spent quality time dengan keluarga tersayang.
No comments:
Post a Comment