Thursday, July 25, 2013

Aidan buat apa sekarang?

Aidan dah masuk setahun! Apa perkembangan anakku sepanjang setahun ini ya (mana yang ingatlah).

2 bulan setengah - Start pusing badan. Dah pandai layan kartun Upin Ipin.

3 bulan setengah - Start tumbuh gigi bawah. Start angkat kepala bila meniarap.

4 bulan setengah - Gigi atas pulak tumbuh.

5 bulan - Dah pandai angkat punggung macam nak merangkak.

6 bulan - Fe'el menonggeng. Start memanjat kubu pertahanan (bantal). Start bagi makan.

 

7 bulan - Pandai tolak badan ke depan. Dah boleh duduk sendiri. Start capai kerusi untuk berdiri. Dah merangkak laju.



8 bulan - Start panjat kerusi.

11 bulan - Start berdiri sendiri. Pastu galakkan dia untuk berjalan.


Sampai dah genap setahun, dah pandai bertatih dekat 10 langkah. Hari sebelumnya 2-3 langkah. Progress dalam masa 1 hari. Mommy is so proud of you, son! Itu hadiah Aidan untuk Mommy sempena hari lahir ya? Walaupun baby lain ada yang dah start jalan seawal 9 bulan, tapi tak kisah lah. Lain baby lain development nya. Janji baby sihat.

Saya perasan Aidan tak suka pada bunyi yang bising. Contohnya macam vacuum cleaner atau blender. Dia akan kelam kabut meluru pada orang terdekat. Aidan juga mudah tersengih jika terpandang iklan TV atau newspaper yang ada muka orang tersenyum ke arah kamera (kira macam orang tu tengah senyum kat dia la). Siap nak cium-cium lagi.

Paling suka kalau ada iklan TV. Pantang tengah iklan, kepala pun boleh kalih walaupun tengah minum susu. Kalau ada perempuan cun kat iklan TV pun dia suka. Amboi, kecik-kecik dah pandai ye. hehe. Kalau ada azan berkumandang, dia macam khusyuk je dengar. Bagusnya, semoga jadi anak yang soleh nanti. InsyaAllah.

Aidan sekarang rapat dengan neneknya. Garang-garang Nenek pun, apepehal pun cari Nenek jugak. Pantang Nenek pakai tudung & bersiap, dia pun sibuk nak pergi dekat Nenek. Kalau Nenek tengah masak, dia pun sibuk suruh dukung. Sambil tu khusyuk je tengok Nenek masak. Kadang Nenek bagi mangkuk & senduk bagi dia leka main.  Aidan pun manja dengan Tok Ma nya. Aidan memang suka dengan nenek-nenek dia la.

Kalau tengok Mommy nya bersiap, khusyuk je dia tgk Mommy touch up muka. Suka pulak dia dengan kerja-kerja pompuan eh? Aidan jangan mengalami kecelaruan identiti ya nanti.

No comments:

Post a Comment