Sunday, July 21, 2013

Buka puasa di mana?

Malaysia ni memang kaya dengan makanan. Masyarakatnya pun kebanyakannya tak kisah berbelanja tentang makanan. Pembaziran makanan pun boleh tahan jugak. Sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada jika nak dibandingkan dengan beberapa negara lain yang mana rakyatnya hidup susah dan seringkali tak cukup makanan. Sedih bila mengenangkan kita yang tak menghargai kemewahan yang kita ada.

Dekat Malaysia, kalau masuk je bulan puasa, mesti ada Bazar Ramadan. Macam-macam makanan boleh dapat, daripada yang biasa sampailah yang jarang kita jumpa. Selalunya kuih tradisional lah. Banyak pilihan sampai rambang mata, tapi tahap kesedapannya belum tentu. Kurang rempah, kurang rasa. Dalam tak sedap tu, dia letak harga mahal. Memang tak berbaloi. Masa membeli, macam-macam nak dimakan. Sudahnya, makanan pun terbazir macam tu je. Itu sebab sekarang ni, kalau ada singgah Bazar Ramadan, cuma beli 1 atau 2 jenis kuih/makanan sahaja. Yang mana rasa boleh buat sendiri, saya cuba google dan buat. Lagi puas hati.


Kalau pergi bazar Ramadan, mesti nak cari laksam kesukaan. Tapi laksam dekat bazar tak semuanya sedap. Kira nasib la kalau dapat pure Kelantanese yang buat. Gambar ehsan Google.

Orang Malaysia pun zaman sekarang ni suka berbuka puasa di luar. Di luar tu maksudnya di hotel atau restoran. Selalunya dihidang secara buffet dan dicaj ikut kepala. Bila buffet, boleh makan secara unlimited dan berulang-ulang tengok setakat mana perut korang boleh tampung. Kalau tak makan banyak, rugi la kan. Satu orang dah caj puluhan RM. Lepas tu nak solat pun tak larat sebab perut yang sendat. Ish ish ish, mentekedarah namanya tu.

Disebabkan itulah saya selalu suka berbuka di rumah. Lagi selesa masak sendiri (atau masakan emak) untuk berbuka. Lagi puas sebab lagi sedap (dari yang dijual oleh peniaga semusim) dan di samping tu dapat kurangkan sakit hati berbelanja mahal hanya untuk 2-3 jenis makanan. Di samping tu boleh menikmati makanan tanpa terkejar-kejar nak solat Maghrib. Kalau buka di luar, nak tunggu order sampai, nak kejar waktu solat lagi, dan juga penuh orang dekat surau (yang kecil aje tu) sampai takde tempat. Orang yang sedia ada dalam tu pun bukan nak bagi laluan pada org yang belum sempat nak mendirikan solatnya. Nak kena tunggu di sound agaknya.

Saya suka nak masak sendiri (selalunya kuih & kek) di samping dapat mengasah skil memasak saya. Selalunya saya akan google resepi kuih yang saya nak masak. Masakan berat tu selalunya saya bagi pada masterchef of the house (my Mom) sebab semenjak ada anak kecik ni, selalunya akan makan di rumah mak saja. Untuk makanan berat, kami jarang buka nasi berlauk. Biasanya kami akan makan sajian yang sekali masak sahaja dan 1 atau 2 jenis kuih sampingan. Waktu bersahur barulah kami makan nasi berlauk.

Ini antara kuih yang sempat dimasak.


Cara berlauk. All time favourite. Puas hati sebab jadi. Kaedah bakar dalam oven je. Jadi boleh makan puas-puas.

 Tauhu sumbat. Yang ini special sbb ada letak ayam dicarik (lebihan ayam panggang semalamnya). 


 Favourite jugak, tapi tak boleh nak makan selalu. Terlampau masam kan. Sebenarnye nak buat chicken puff tapi puff pastry pulak dah habis. Nampak ada betik agak muda terus tukar plan.

Konsep puasa kat Malaysia ni rasanya macam pasal makanan aje. Dari awal pagi dah fikir lauk apa untuk berbuka, bazar mana yang best dan banyak pilihan, kuih apa yang nak dibeli, hotel mana yang offer sedap & best price untuk buffet. Kadang-kadang konsep ibadah puasa ni ramai yang terlupa, yang sebenarnya menambah amalan-amalan yang berlipat kali ganda ganjarannya. Semoga kita tidak mensia-siakan bulan mulia ini dan ibadah kita diterima olehNya.