Dah lama sebenarnya domain ni tersimpan. Sejak tahun 2002 lagi rupanya. Masa tengah belajar lagi tu. Blogspot pun baru nak berjinak-jinak. Tak konsisten nak berblog, terus terkubur. Kiranya chop domain name jugak la awal-awal. Kalau tak, mesti dah kena rembat. Hihi.
Nak balik lah dunia blogging ni. Nak keep up to date balik dengan alam maya ni. Apa yang saya nak cerita dalam blog? Disebabkan saya suka mencuba untuk memasak, mungkin akan banyak pasal makanan. Mungkin juga saya akan share apa yang berlaku di sekeliling saya. Kalau awal-awal dulu sumber pasal makanan di Malaysia agak limited, tengok la sekarang berlambak blog pasal makanan. Siap ada step by step untuk buat. Gambar-gambar yang ditangkap pun cantik & penuh seni (masing-masing dah angkat kamera DSLR). Boleh buat buku resepi sendiri dah tu. Saya sendiri teruja untuk mencuba resepi-resepi yang ada melihatkan pada presentation yang menarik. Terima kasih lah pada mereka semua walaupun saya cuma a silent reader.
Kalau dilihatkan pada tahun saya start ada blog, agak terkilan juga sebab tidak meneruskan aktiviti ni. Mungkin saya boleh celebrate anniversary blog saya yang sedekad usianya! Macam-macam hal dan peristiwa yang berlaku yang boleh saya coretkan. Tapi, apakan daya, masa telah berlalu & kita tak dapat nak putarkan masa. Jadi kita teruskan kehidupan dan maju ke depan.
Sampai kita jumpa lagi di next entry. Assalamualaikum.. :)