Idea nak buat kek ni bila rasa dah lama tak membaking. Bila pergi kedai bakery, tengok perkakas & bahan lagi bersemangat nak baking. Disebabkan dah lama tak buat cheesecake, dan atas permintaan adik, lalu blueberry cheesecake ku baking jua. Decoration simple sahaja, cake dicover dengan nondairy whipped cream dan blueberry. Coklat m&m tu bagi peluang kat cousin kecik & anak sedara untuk susun. Masing-masing berebut nak letak. Hihi.
Terima kasih pada family yang datang & yang bagi hadiah birthday untuk Aidan. Tu Aidan sedang bersocialize dengan Arissa.
Birthday Aidan yang 1st ni, Ayah hadiahkan basikal. Pada mulanya Ayah nak belikan motor elektrik, tapi penjual tu cakap umur 2 tahun baru boleh naik. Itu kita reserve untuk next birthday pulak la ye. Aidan memang belum pandai nak kayuh basikal sendiri lagi, tapi basikal ni ada pemegang kat belakang yang mana orang lagi dewasa boleh tolak/sorong. Seronok muka bangga je Aidan bila dibawa ulang-alik dalam rumah. Kadang-kadang dia tolak sendiri sambil jalan. Pastu buat stunt panjat & keluar dari celah tepi. Isk isk, anak lelaki macam ni ye?
No comments:
Post a Comment